Utusan Rasmi

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha


Kami Dari Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha... 

Di sini kami kongsikan teks sms ucapan mahupun pantun untuk sambutan Aidiladha mungkin ada yang lucu (lawak) dan mencuit hati

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan bathin.
Selamat hari raya

Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan,

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.

Kenapa pula bersembahyang raya,
aku langsung tak tahu apa,
Kanak-kanak bergembira,
Yang tua bertemu mesra.

Kenapalah engkau bernasib malang,
Hari nie hari rayalah rahim..!!! ,
2 3 ekor lembu tumbang,
Bagi mengikut sunnah ibrahim.

Itulah sebab tak ambik perkembangan
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.

Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha


Rabu, 25 September 2013

Minggu Bahasa Melayu

Kuiz bahasa melayu

Tarikh : 22.09.2013 Hingga 26.09.2013
Anjuran : Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah 
Antara aktiviti yang dijalankan :
Tahap 1
- Menulis , Membaca dan bercerita mekanis.
Tahap 2
- Kuiz Bahasa Melayu,
- Syarahan, syair dan bercerita
- Mengisi dialog.

Mengisi dialog

Bercerita

Syarahan dan Puisi

Selasa, 10 September 2013

SELAMAT BERJUANG CALON UPSR 2013


SELAMAT BERJUANG CALON UPSR 2013 SK LKTP CHALOK BARAT.. DARI KEJAUHAN, KUIRINGI PERTEMPURAN KALIAN DENGAN DOA DAN RESTU..GOOD LUCK! from PENYELARAS PSS SK LKTP CHALOK BARAT 
(PN SUHAINI BT OMAR)


Ahad, 14 Julai 2013

Selamat Berpuasa Tahun 1434H Kepada Semua Warga Pusat Sumber Sekolah SKCB


Selasa, 9 Julai 2013

Rancangan Aktiviti PSS


Pelan Taktikal Kelab PSS





Rancangan Aktiviti PSS

Rancangan Aktiviti PSS